Monday, July 26, 2010
Pra Syarat Sebagai Perawat (Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.
4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.
Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang Baik
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.
2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak.5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.
6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya.
7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari kesembuhan.
10 Perinsip Asas Rawatan Islam
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)1. Ada penyakit , ada ubat.
2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.
3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala.
4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.
5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.
6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.
7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;
i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.
8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)
9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.
10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.
Pengijazahan
Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan ke-17.1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan.
2. Berlajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.
0 comments:
Post a Comment