Ayat-ayat Syifa

Thursday, December 9, 2010

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.
AYAT-AYAT SYIFA
Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Baca selanjutnya......

Petua Bagi Orang Yang Tercekik Tulang

Tuesday, December 7, 2010



Ada petua untuk orang yang tercekik tulang supaya tulangnya terlepas. Petuanya ;

1- Ambil air zam-zam atau mineral atau air tapis dan baca Bismillah dan ayat berikut kemudian hembus pada air tersebut dan minum, ayat tersebut ialah ;

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِيْنًا
Maksudnya : " Sesungguhnya kami (Allah) memberikan kemenangan kepada kamu (Rasulullah) dengan kemenangan yang nyata".
Ayat ini boleh dibaca berulang-ulang kali.
2- Boleh juga mengambil seekor kucing dan pegang tangannya dan letak pada leher yang tercekik tulang kemudian digerakkan dari atas ke bawah sebagaimana seekor kucing yang tercekik tulang yang menggosok-gosok tangannya ke leher. 

Baca selanjutnya......

Darul Syifa'

Baca selanjutnya......